Terkini !!! Ismail tampil beri penjelasan status ‘tutup pintu depan’

Terkini !!! Ismail tampil beri penjelasan status ‘tutup pintu depan’

“Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”

Demikian penjelasan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengenai hantarannya dalam Facebook, semalam, berkaitan ‘pintu’ yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga maya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, hari ini.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, Ismail Sabri memuat naik gambar menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan.Facebook akan labelkan semua hantaran mengenai vaksin COVID-19

Hantaran yang turut disertakan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 70,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/823818/saya-tutup-pintu-sebab-nak-pulang