Terkini: Ismail Sabri menghadap Agong hari ini

Terkini Ismail Sabri menghadap Agong hari ini

Terkini: Ismail Sabri menghadap Agong hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 4 petang hari ini menjadi tumpuan seluruh negara.

Khabar angin bertiup kencang Ismail Sabri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini memutuskan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.

Dalam tentatif rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023 tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat.

Teka-teki pembubaran itu akan terjawab petang ini.

Terkini Ismail Sabri menghadap Agong hari ini

BACA:

Pasangan ni bayar guna duit syiling beli kereta idaman selepas 2 tahun menyimpan

Tindakan pegawai bank sanggup ke kereta layan pesakit strok dipuji

Lelaki lepas tembakan ke arah rumah jiran jadi kecoh

CATEGORIES