Terkini !!! Genting Highlands dibuka mulai 1 Oktober – Menteri

Oleh MHDAILY

Tiga destinasi baharu diluluskan menerusi projek gelembung pelancongan iaitu Genting Highland di Pahang, Melaka dan Pulau Tioman mulai 1 Oktober ini.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara berkenaan diperhalusi dalam mesyuarat esok.

“Kita menyaksikan prestasi Langkawi memberi kita untuk membuka ruang kepada destinasi-destinasi baharu. Tadi saya berpeluang memberi cadangan kepada destinasi-destinasi baharu dan untuk hari ini kita telah meluluskan serta akan dibentangkan lagi esok ke mesyuarat yang mana kita telah menamakan tiga destinasi baharu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kita ada Genting dan juga Melaka, mereka dibenarkan untuk memulakan pada 1 Oktober,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, SOP pelancongan termasuk di Melaka akan diperhalusi dalam mesyuarat esok kerana ia meliputi kawasan yang luas,

“Jadi, kita nak gunakan sama ada kenakan juga ujian saringan dan ini agak baik serta agak rumit. Ia sama seperti di Langkawi sebab ada banyak laluan masuk. Jadi ini yang kita akan perhalusi dari segi SOP.

Genting Highlands dibuka mulai 1 Oktober - Menteri

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

Sementara itu, dalam sidang akhbar sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 bersetuju mencadangkan supaya waktu operasi restoran, stesen minyak dan kedai runcit bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 malam.

Jelasnya, keputusan berkenaaan akan diangkat kepada Jawatankuasa Khas Pemulihan Covid -19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

“Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 hari ini setuju mencadangkan untuk memanjangkan waktu operasi restoran, stesen minyak dan kedai runcit bermula dari pukul 6 pagi hingga 12 malam kecuali kawasan PKPD,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/3-lagi-destinasi-pelancongan-dibuka-bermula-1-oktober/

BACA JUGA : Kerajaan benarkan warga India, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan, Nepal masuk semula negara ini