Terkini !!! Dua bekas Adun DAP umum masuk Bersatu

Dua Adun Perak yang sebelum ini memenangi kerusi masing-masing atas tiket Pakatan Harapan (PH) kini secara rasmi menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

Adun Tronoh Paul Yong dan A Sivasubramaniam (Buntong) kini dilaporkan menjadi anggota Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka merupakan anggota DAP sebelum keluar parti pada Mac tahun lalu untuk menyokong PN.

Pada bulan lalu Sivasubramaniam menyertai Gerakan pada bulan Jun, manakala Yong sebelum inni memilih menjadi Adun bebas. Dengan langkah terbaru Sivasubramaniam itu Gerakan kini tiada wakil dalam DUN Perak.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/565372

COMMENTS

Wordpress (0)