Terkini: Dewan Rakyat bubar hari ini – PM

Terkini Dewan Rakyat bubar hari ini PM

Terkini: Dewan Rakyat bubar hari ini – PM. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang ini.

Pengumuman itu sekali gus menjawab segala teka-teki serta spekulasi yang berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai pembubaran Parlimen, selepas Ismail Sabri menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada Khamis lalu.

Berita lanjut menyusul.

Terkini Dewan Rakyat bubar hari ini PM

BACA:

Astro kena kecam buat live Gegar Vaganza di Youtube

Ketua Imam baca doa tambah isteri di majlis dikecam

Kecoh laporan dakwa Ringgit Malaysia dah tak laku di Thailand

CATEGORIES