Terkini !!! Belanjawan lulus, 111 sokong vs 108 tolak

Oleh MHDAILY

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2021 untuk bacaan kali ketiga selepas 111 menyokong usul itu manakala 108 lagi menolaknya.

Keputusan undian secara belah bahagi itu diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun jam 3.55 petang ini.

Pengiraan undi ini berjalan dengan ketat hari ini dengan Speaker melantik pemerhati dan juga wakil pengiraan bagi pihak pencadang dan pembangkang.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Dua Ahli Parlimen dari Pas dan bekas Pas iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (Pas- Kota Bharu) dam Dr Mohamad Hatta Ramli (AMANAH – Lumut) telah dilantik sebagai wakil bagi penyokong dan pembangkang dalam pengiraan undi belah bahagi kali ketiga.

Bilangan yang mereka buat diperhatikan oleh pemerhati yang dilantik.

Pintu Dewan Rakyat telah ditutup sebaik sahaja kiraan bermula.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/belanjawan-lulus-dengan-111-sokong-108-bantah/