Terkini !!! Banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk

Oleh MHDAILY

Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan semakin buruk dengan menyaksikan peningkatan mendadak mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan petang ini, manakala Pahang dan Johor, beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan.

Di TERENGGANU, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Che Adam A. Rahman memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 8,138 orang setakat 3 petang ini berbanding 5,243 orang pada 8 pagi tadi.

“Empat daerah dilanda banjir ketika ini iaitu Kemaman yang menempatkan mangsa paling ramai dengan 6,711 orang diikuti Dungun (1,159); Hulu Terengganu (174) dan Besut (94),” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca Artikel Penuh