Terkini !!! Akhirnya Menteri jawab persoalan bila parlimen akan dibuka

Terkini !!! Akhirnya Menteri  jawab persoalan bila parlimen akan dibuka

Parlimen hanya akan bersidang pada masa yang sesuai kerana kerajaan giat melaksanakan usaha pengawalan dan pencegahan wabak COVID-19 ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menjelaskan seluruh jentera kerajaan sedang memfokus kepada tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan pelan vaksinasi.

Selain itu, beliau berkata, agensi penguat kuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), masih bertungkus lumus menjaga perbatasan tanah air daripada dibolosi pendatang asing yang berisiko membawa jangkitan COVID-19 dari negara luar.

“Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak, termasuk parti politik, supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih berdepan pandemik COVID-19 yang belum reda sepenuhnya.

“Kerajaan amat menyedari tanggungjawab berperlembagaan untuk memastikan proses demokrasi terus berjalan di negara ini dan terjamin melalui sidang Parlimen.

“Namun, keutamaan pada masa ini ialah usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya, termasuk melindungi aspek kesihatan Ahli Parlimen, pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

“Kerajaan memberi jaminan bahawa sidang Parlimen akan segera dipanggil apabila tiba masanya yang sesuai, sama ada sebelum ataupun selepas darurat ditamatkan pada 1 Ogos nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/810754/parlimen-bersidang-bila-tiba-masa-sesuai-takiyuddin