Terkini !!! Agong dilapor terima perletakan jawatan Muhyiddin

MP

Agong dilapor terima perletakan jawatan Muhyiddin. Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Muhyiddn Yassin susulan sesi mengadap di Istana Negara hari ini, difahamkan.

Ini adalah kali kedua kerajaan Malaysia tumbang sejak Pilihan Raya Umum 2018 lalu,
mengakibatkan kekosongan kuasa ketika negara bergelut pandemik Covid-19.

Peletakan jawatan Muhyiddin yang turut bermaksud kerajaan Perikatan Nasional (PN) berundur daripada pentadbiran turut disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melalui hantaran Instagram beliau.

 Agong

“Kabinet menyerahkan peletakan jawatan kepada Agong. Terima kasih atas peluang yang diberikan sekali lagi untuk berkhidmat kepada negara.

“Moga Tuhan berkati Malaysia,” kata Khairy

Muhyiddin hari ini dijangka akan menyampaikan ucapan secara langsung di televisyen.

Berita Penuh :https://www.malaysianow.com/berita/2021/08/16/agong-terima-peletakan-jawatan-muhyiddin/

BACA: Sah !!! Kabinet Muhyiddin bubar

CATEGORIES