Terkini !!! 8 negeri dilanda banjir serentak

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.

Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.

Terkini !!! 8 negeri dilanda banjir serentak

Banjir kilat akibat limpahan air sungai dan perparitan mengakibatkan beberapa jalan di sekitar ibu kota ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ketika tinjauan hari ini.

Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my menyenaraikan 18 stesen aras sungai di Pahang melepasi tahap bahaya dengan kebanyakannya menunjukkan bacaan meningkat di daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Di Selangor terdapat 10 stesen aras sungai pada tahap sama melibatkan kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor.

Situasi sama berlaku di tiga stesen aras sungai di Kelantan bagi kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Perak serta Melaka masing-masing dua stesen dan Terengganu hanya di Sungai Tebak, Kemaman.

BACA JUGA : Awas !!! Hujan lebat berterusan tahap bahaya bakal berlaku di 4 negeri
Anwar ulas cadangan agar PH dan PN bekerjasama

CATEGORIES