Terkejut ingatkan polis nak saman, sekali dia tolong tampal roadtax

Tengah drive, sampai kat tol damansara then ada roadblock.

Aku dengan selamba muka confident angkat tangan dekat abg polis, siap pakej beri salam..

Dia tanya aku dari mana, aku cakap baru balik kerja, nak balik rumah.

Dia terpandang depan cermin roadtax aku mati bulan Ogos tahun lepas. haha..

Selamba aku bawa kereta dengan roadtax mati tapi sebelum ni tak pernah kena tahan.

Polis cakap, Cik berhenti tepi sekejap, minta lesen dengan ic.

Aku dalam hati alamakk.

Kantoi lesen mati pulak.

Nak jadikan cerita, roadtax tu sebenarnya baru dapat, baru bayar tapi tak sempat tampal then aku letak je dalam kereta gitu je.

Aku cakap kat abg polis, encik roadtax ada, cuma saya tak sempat nak tampal.

Dia kata Haaa nasib baik, saya nampak roadtax mati dari bulan 8 lagi tu sebab tu suruh berhenti.

Bagi saya roadtax saya tolong tampal kan.

Kawan polis tu cakap, special awak polis tolong tampalkan raodtax sambil gelak ramai-ramai. Busy sangat awak ni sampaikan roadtax nak tampal pun tak sempat.

Aku tersengih je dalam kereta. Nasib tak kena saman.

Terima kasih abg polis.. Baik sungguh abg polis tolong tampalkan roadtax kereta saya.

Cakap pun baik, lembut je..haha

Moral of the story, confident pun kadang-kadang boleh kantoi jugak..

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)