‘Terima kasih bagi cacat kekal di muka saya’ – Shuhada

Oleh MHDAILY

‘Terima kasih bagi cacat kekal di muka saya’ – Shuhada. : Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi, 29, dan Nurul Shuhada Mat Shukri, 29,

terus hangat apabila wanita itu yang dilaporkan cedera selepas mendakwa ditumbuk pelakon terbabit, meluahkan perasaan melalui coretan Instagram Stories (IGs).

Menjadikan akaun media sosial itu sebagai platform komunikasi dengan pengikut dan media,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

'Terima kasih bagi cacat kekal di muka saya' - Shuhada

Nurul Shuhada mendoakan agar suaminya diberi balasan setimpal atas perbuatan mencederakannya.

Nurul Shuhada turut mengingatkan Hafidz supaya tidak terus hidup berpura-pura kerana Allah SWT tahu apa yang berlaku.

“Terima kasih atas cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda.

“Apa yang sudah terjadi, Allah hendak tunjukkan depan mata yang penyesalan daripada seorang manusia, jangan kau ukur dengan janji di mulut.

“Menganggap diri sebagai mangsa keadaan dan rasa apa yang dia buat selama ini tidak pernah salah.

Nurul Shuhada mendoakan agar suaminya diberi balasan setimpal atas perbuatan mencederakannya melalui coretan di Instagram Stories (IGs), malam tadi. Foto IG Nurul Shuhada Mat Shukri
“Tetapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari pokok,” katanya yang memuat naik hantaran itu, malam tadi.

Melalui entri sama, ibu kepada sepasang cahaya mata turut menyindir Hafidz yang didakwa belum mampu meneruskan hidup dan masih berminat untuk mengetahui perkembangan dirinya biarpun sudah melafazkan talak.

“Tidak akan hubungi lagi adalah mengarut. Apa yang pasti dia ‘stalk’ (ikuti perkembangan) dan baca setiap komen adalah sangat melucukan.

“Hiduplah kau dengan bayang bayang aku sampai mati. Kau takkan tenang. Kalau baru sekarang hendak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk pertahan diri jadi manusia bagus dan boleh buat kau bahagia, teruskan.

“Allah tahu kau tak pernah beli beras… Semoga berjaya,” katanya.

Nurul Shuhada mendoakan agar suaminya diberi balasan setimpal atas perbuatan mencederakannya melalui coretan di Instagram Stories (IGs), malam tadi. Foto IG Nurul Shuhada Mat Shukri

Semalam, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran.

Ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa, Hafidz dilaporkan menumbuk pada bahagian muka Nurul Shuhada sehingga cedera.

Terdahulu, Nurul Shuhada mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya.

Menerusi tiga hantaran IGs, Nurul Shuhada mendakwa sedang menerima rawatan di hospital.

Foto dimuat naik menunjukkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengalami kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut.

Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya iaitu Athira Yuhada.

Baru-baru ini, Athira menerusi hantaran di Instagram (IG) mengaku dia hanyalah insan lemah selain menyifatkan tindakan dibuat tidak wajar dan mementingkan diri sendiri.

Athira mendakwa punca kembali berhubung dengan Hafidz disebabkan rasa simpati terhadap masalah kesihatan mental dialami pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu.

BACA:

“Tengok depan mata rasa terkedu, nak menangis”, rumah tenggelam banjir tapi sejadah dan al-quran kering rupanya ini yang jadi

Penceramah terkenal dari Terengganu ditangkap kes ‘raba’ anak orang