Terima bayaran Rm500,000 jadi penyampai Hot FM, ini respon Johan

Oleh MHDAILY

Terima bayaran Rm500,000 jadi penyampai Hot FM, ini respon Johan. Wow! Johan dikatakan terima bayaran cecah RM500,000 untuk masuk HotFM. Masyukkk sangat ni. Padanlah dia tinggalkan radio lama. Bila ditanya tentang hal ini, ini jawapan dari Johan sendiri.

Johan bagaimanapun mengaku dia bekerja untuk mendapatkan duit demi isteri dan anak-anaknya, kata laporan harian metro.

“Soal bayaran saya ‘no comment’. Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya.

“Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana),” katanya.

Terima bayaran Rm500,000 jadi penyampai Hot FM, ini respon Johan

Hampir 11 tahun berkhidmat di radio Era, Johan berkata dia tahu bagaimana pun menjadikan perbualan lebih menarik dalam masa sama menarik pendengar

“Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak ‘punch line’, siapa nak bawa ‘story’ itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka.

“Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata dia menerima tawaran berhijrah itu kerana mahu menjadikan Hot FM stesen radio nombor satu.

“Saya tamat kontrak dengan stesen radio lama pada 30 Jun lalu. Ketika itu saya merancang untuk berehat dahulu dan fokus pada perniagaan dan menguruskan anak-anak.

“Namun, selepas menerima tawaran daripada Hot FM selain mengenangkan hubungan baik yang terjalin antara saya dengan ‘boss’ (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikan saya dulu serta beberapa peluang lain, itu saya terima,” tambahnya.

BACA:

Bantuan RM450 untuk OKU, semak di sini

‘Kau tu pekerja je!’, Staff A&W kena tengking dengan pelanggan hanya kerana ayam goreng

‘Memerhati dan menyayangi awak sekuat tenaga saya, Selamat ulang tahun Noorku’ – Engku Emran