Terdesak!!! Wang I-Sinar dijadikan modal perjudian kepada sindiket nombor ekor palsu

Seorang wanita mendakwa kerugian RM3,000, termasuk RM1,000 daripada pengeluaran i-Sinar KWSP akibat ditipu dalam pembelian tiket nombor ekor menerusi Facebook sebanyak dua kali sejak Disember lepas.

Ibu kepada lima anak berumur 42 tahun dari Menglembu di sini, mendakwa berurusan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Kelvin selepas melihat satu iklan di Facebook, kononnya ejen agensi nombor ramalan yang menawarkan perkhidmatan tip pada 10 pagi 1 Dis lalu.

“Dia meminta saya bayar RM500 dan saya memasukkan wang yang diminta ke dalam satu akaun. Selepas itu, dia minta lagi RM1,500 dan RM4,450 untuk dapatkan tip, tapi saya tolak,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP Perak yang turut dihadiri Adun Menglembu, Steven Chaw.

Wanita itu mendakwa dia sekali lagi berhubung dengan seorang lelaki dikenali sebagai Sam menerusi Facebook kononnya ejen agensi nombor ramalan yang memintanya membayar RM1,000 pada 20 Jan lepas dan RM1,500 dua hari kemudiannya.

“Tapi selepas itu, saya sedar ditipu kerana saya tidak menerima apa-apa nombor ramalan. Saya telah membuat laporan di Balai Polis Menglembu semalam.

“Saya menggunakan RM1,000 daripada pengeluaran i-Sinar KWSP, manakala RM2,000 lagi saya pinjam daripada seorang rakan,” katanya yang kehilangan kerja sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.

Sementara itu, Chaw berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan nombor ramalan dan pihak berkuasa dapat menjalankan siasa..-FMT