Terbelit lidah nak sebut nama pramugari ini

Terbelit

Terbelit lidah nak sebut nama pramugari ini.”Memang sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek namun lama-kelamaan saya belajar menerima dan menyukainya,” kata Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah.

Nama unik gadis berusia 28 tahun ini tular di Twitter selepas rakannya berkongsi ciapan berserta gambar lesen memandu yang memaparkan namanya itu.

Menerusi perkongsian itu, rakannya mengakui terkejut apabila mendapat tahu nama sebenarnya itu kerana sebelum ini hanya memanggilnya dengan nama ‘Belle’ dan mengandaikan nama penuhnya ialah Nabila.

Turut dikongsikan, videonya menyebut nama ‘Badjie Xatieqoutieqc’ dengan betul.

Berkongsi lanjut, Badjie Xatieqoutieqc yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines Bhd berkata, selain namanya sukar disebut, rata-rata yang mengetahui namanya juga sering mempersoalkan asal-usul nama itu.

Terbelit

Katanya, idea sepenuhnya datang daripada bapanya, Ibadallah Kandar, 62, yang turut menamakan tujuh adik-beradiknya dengan nama bermula ‘Badjie X…’.

Mereka tujuh beradik diberi nama Badjie Xietaqieullah, Badjie Xbietaquauallah, Badjie Xatieqieullah, Badjie Xatieqoutieqc (dirinya), Badjie Xaebcourieyiean, Badjie Xieslammillatiena dan Badjie Xwattaquoallah.

“Nama ‘Badjie’ adalah gabungan nama kedua orang tua saya sebagai menggantikan nama ‘Raden’ yang dulunya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang kami (Jawa Sunda).

“Memang kedengaran pelik, tapi itulah pendirian bapa saya yang mempunyai cita rasa unik dalam memilih nama anak-anaknya agar lain daripada yang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, nama tujuh adik-beradiknya jika dibaca dengan betul sebenarnya membawa maksud bertakwa kepada Allah.

“Bapa adalah seorang jurutera yang suka berfikir di luar kotak dalam suatu hal.

“Dalam soal nama kami ini, bapa seolah-olah menggunakan ‘kod rahsia’ dalam menyuruh kami adik-beradik agar sentiasa bertakwa kepada-Nya,” katanya.

Anak keempat dari tujuh beradik itu berkata, dia lebih suka orang lain memanggilnya dengan nama ‘Belle’.

“Panggil saja saya Belle kerana ia juga membawa maksud yang baik. Kalau ikutkan saya nak orang panggil Xatieqoutieqc tapi akan jadi susah.

“Jadi, cukuplah Belle supaya mereka doakan saya yang baik-baik, saya pun tak buat orang susah nak panggil saya,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Bercerita lanjut, Badjie Xatieqoutieqc berkata, dia kini menjadi anggota sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.

“Selepas enam bulan bercuti disebabkan kontrak ditamatkan, saya memilih untuk menjadi sukarelawan di sini.

“Kerja sukarelawan sudah menjadi minat saya kerana pernah aktif menyertainya ketika belajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dulu,” katanya.

Berita penuh :https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/736339/nama-penuh-saya-badjie-xatieqoutieqc-ibadallah

jika terlepas: Panas !!! Pensyarah ini jangka minggu hadapan kepimpinan negara berubah