Tengku Zafrul mungkin jadi ‘poster boy’ BN

Tengku Zafrul mungkin jadi poster boy BN

Tengku Zafrul mungkin jadi ‘poster boy’ BN. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mencadangkan UMNO menamakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jamal berkata, latar belakang Tengku Zafrul dalam bidang korporat dan perbankan mampu membela kebajikan rakyat, apatah lagi beliau kini seorang menteri kabinet.

“Tengku Zafrul sudah turun padang beberapa kali menyantuni rakyat di Kuala Selangor.

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor ini boleh diterima baik oleh Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, apa salahnya jika Tengku Zafrul boleh dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN Selangor pada PRU15 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Tengku Zafrul diyakini mampu mengulangi kejayaan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tahun lalu yang membuktikan calon baharu, segar dan bebas daripada kontroversi menjadi pilihan pengundi.

Tengku Zafrul mungkin jadi 'poster boy' BN

Justeru katanya, formula sama boleh diguna pakai BN dalam PRU15 dengan mengetengahkan calon muda, baharu dan sesuai dengan kehendak semasa.

Jelas Jamal lagi, permintaan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang mula kembali memberi kepercayaan kepada BN dengan menawarkan manifesto mampu dilaksanakan iaitu kestabilan politik dalam pentadbiran kerajaan.

“Pelaksanaan pendaftaran secara automatik daftar pemilih berusia 18 tahun berkuatkuasa 15 Disember tahun lalu membuktikan pengundi muda juga memberi sokongan luar biasa hingga memenangkan BN di Melaka dan Johor,” jelasnya.

Kata beliau, langkah itu boleh digunakan di negeri-negeri lain terutamanya Selangor dalam usaha BN untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) sejak tiga penggal lalu.

“UMNO amat memerlukan lebih ramai pemimpin muda, berkaliber dan diyakini rakyat yang mampu menawarkan perubahan luar biasa di Selangor, lebih-lebih lagi dalam kalangan menteri kabinet di peringkat kerajaan Persekutuan,” ujar beliau.

BACA:

Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam

Tengah ‘membuang’ pun buat content, Caprice dan isteri kena kecam teruk

JPJ beri amaran keras kepada pemilik nombor plat ‘fancy’, bakal dipenjara

CATEGORIES