Tengah ‘membuang’ pun buat content, Caprice dan isteri kena kecam teruk

Oleh MHDAILY

Tengah ‘membuang’ pun buat content, Caprice dan isteri kena kecam teruk. Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih popular dikenali sebagai Caprice baru-baru ini telah menerima kritikan dari netizen di media sosial. Semuanya gara-gara video yang dimuatnaiknya ini di mana dia mengikut satu video yang trending di Tik Tok buat masa ini.

Bukan sahaja menerima kritikan dari netizen malah ada juga yang turut berasa kecewa melihat babak di dalam tandas yang dilakukan Caprice ini. Video tersebut yang juga dilakukan bersama-sama isterinya itu dimuatnaik di Instagram milik penyanyi rap itu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Caprice dan isterinya itu melakukan satu trend video yang cukup popular di Tik Tok menggunakan lagu Marry Me. Berdasarkan video yang dilakukan ini, difahamkan ianya adalah untuk mempromosikan jenama produk vape yang memiliki pelbagai perisa itu.

Baca Artikel Penuh