Tenangkan pesakit, doktor gigi pakai kostum pembantu rumah

Tenangkan pesakit doktor gigi pakai kostum pembantu rumah

Tenangkan pesakit, doktor gigi pakai kostum pembantu rumah.

Sebuah klinik pergigian di Jepun mencetuskan idea unik menampilkan kakitangan yang memakai kostum pembantu rumah seperti sering dipaparkan dalam komik dan animasi bagi mengurangkan ketakutan pesakit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Doktor gigi dan pengarah Akiba Dental Clinic di Tokyo, Dr. Joji Yukawa berkata, caj perkhidmatan tetap sama.

“Saya berpendapat bahawa terdapat ramai orang takut untuk berjumpa doktor gigi sehingga ada yang fobia berkaitan masalah pergigian.

“Jadi, saya berasakan pesakit boleh membina hubungan baik dengan kakitangan klinik kami. Amat bagus sekiranya pesakit dapat berjumpa dengan doktor gigi yang bukan sahaja memeriksa gigi mereka, bahkan yang boleh berbual bersama,” ujarnya.

Tenangkan pesakit, doktor gigi pakai kostum pembantu rumah

Tambah Yukawa, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemutihan gigi, rawatan kaviti dan pembersihan gigi. Namun, beliau sedang mempertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan khusus, di mana pesakit boleh sekadar mengunjungi klinik untuk berbual dengan kakitangan yang memakai uniform pembantu rumah.

“Jika pesakit hanya ingin berbual, ia adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh doktor gigi biasa, jadi, saya belum membuat keputusan mengenai perkara itu,” jelasnya.

BACA:

Cara semak kemasukan ke UiTM

Padah berhutang, warga emas nekad potong kemaluan sendiri

Pakai kopiah tapi jual ular untuk dimakan tepi jalan, “siap bagi makan darah ular..”

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)