Tenang je Ira Kazar makan aiskrim..

Tenang je Ira Kazar makan aiskrim

Tenang je Ira Kazar makan aiskrim..Umum mengetahui, semalam pelakon Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

Terbaru, perkongsian isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar menjadi perhatian apabila dilihat tenang memuat naik perkongsian di media sosial miliknya.

 

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ira dilihat ada memuat naik video makan aiskrim dan burger.

Tenang je Ira Kazar makan aiskrim

Perkongsian Ira itu dimuat naik semula oleh seorang netizen yang mengatakan Ira tenang menghadapi apa yang berlaku dan hidup perlu diteruskan.

 

Diruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen menyindir anak kepada Kaza Saisi bahawa posting tersebut hanya lakonan semata-mata sedangkan sebenarnya sedang celaru.

BACA:

Haji 2023: Warga emas diberi keutamaan tahun ini

Bilal bakal jadi abang, ‘tahniah Neelofa!’

Baru je kecoh Syamsul buat Ira Kazar isteri nombor dua, ada pula yang ketiga?

CATEGORIES