Temui ajal ketika tukar tayar kereta

ajal

Temui ajal ketika tukar tayar kereta. Seorang lelaki maut selepas dilanggar kenderaan semasa menukar tayar keretanya di Kilometer 8 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata kejadian pada jam 11.15 pagi semalam itu membabitkan kemalangan kereta mangsa dengan sebuah pacuan empat roda.

Katanya, pemandu iaitu mangsa yang maut berusia 55 tahun bersama rakannya berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Skudai.

“Pemandu memberhenti kereta di lorong tengah untuk menukar tayar dan dilanggar pacuan empat roda,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

ajal

Rupiah berkata, pemandu kereta cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Rakannya cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga kedua-dua mangsa untuk berhubung dengan Inspektor Ong Jing Siong menerusi 011-16490168 atau Ibu Pejabat Balai Polis Johor Bahru Utara 07-5563122,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/07/845063/maut-dilanggar-ketika-menukar-tayar

jika Terlepas: Panas !!! Jawapan PMO merumitkan lagi keadaan