Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar

Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar. Jika ditanya mana-mana orang apa warna telur ayam, mesti rata-rata orang akan mengatakan warna putih kuning, namun lain pula dengan ayam ini. Ayam di kampung ini bukan mengeluarkan telur berwarna putih kuning seperti kebiasaan tapi mengeluarkan warna putih hijau!

Kebiasaannya, telur ayam akan berwarna kuning pada bahagian tengahnya, namun berbeza dengan telur ayam milik Ak Shihabudheen di Malappuram, India yang membuatkan ramai termasuk pakar merasa pelik dan hairan.

“Kira-kira 9 bulan lalu kami mendapati telur ayam kami mempunyai warna hijau, bukannya kuning.

Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar

“Mulanya kami merasa teruja, dan tidak menggunakan telur tersebut sebaliknya membiarkan ia menetas. Tapi tak sangka pula satu telur daripada enam ayam yang ditetas itupun menghasilkan telur berwarna hijau juga”, katanya.

Penternak itu juga mendakwa rasa telur hijau ini adalah sama seperti telur biasa dan beliau sekeluarga tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas memakan telur hijau ini.

Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar

Keadaan ini juga mendapat perhatian daripada pakar vaterinar dari Kerala Veterinary and Animal Sciences University yang membawa sampel telur hijau ini untuk dianalisa di makmal.

Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar

“Kami sudah menjalankan beberapa ujikaji keatas telur tersebut. Ini adalah fenomena aneh, mungkin ia berpunca daripada makanan yang dimakan oleh ayam-ayam berkenaan”, kata Dr. S Sankaralingam, Ass. Prof of Poultry Science dari Kerala Veterinary and Animal Science University.

Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar

Bagaimanapun pemilik ayam berkenaan menafikan makanan yang diberi punca kenapa telur ayamnya menjadi hijau, sambil mendakwa hanya memberikan ayam tersebut makan dedak dan juga minyak kelapa serta bahan buangan daripada dapur di rumah.

Baca Juga : Setelah Khairuddin digugurkan, Nasrudin ungkit nostalgia pertembungan Hadi dengan Nik Aziz
Tular dakwaan Dun Johor bubar hari ini, ini jawapan Umno Johor
Ada pihak percaya bumi sebenarnya berbentuk seperti donut

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)