Telaga siap, air tak ada : Husam persoal projek RM140 juta AKSB

Telaga siap air tak ada Husam persoal projek RM140 juta AKSB

Telaga siap, air tak ada : Husam persoal projek RM140 juta AKSB. Apa Dah Jadi Telaga Jejari Merbau Condong?

Semalam saya ada sebut, Aksb membelanjakan RM 140 juta untuk membina TUJUH TELAGA JEJARI di bawah Projek Merbau Condong.

Tujuan asal, untuk keluarkan 125 juta liter air sehari.

Saya sebutkan, LIMA SUDAH SIAP. DUA, sampai sekarang belum siap.

Kontraktor sudah pun ditamatkan.

Dari LIMA yg siap, SATU dari telaga ini ditimpa masalah.

Hanya EMPAT beroperasi dengan kapasiti yg diakui sendiri oleh Aksb – 17 juta liter air sehari. Sepatutnya, setiap satu keluarkan 20 juta liter air sehari.

Orang Kelantan panggil – ‘TELAGA PATAH RENG’.

SATU DARI TELAGA JEJARI YG DIBINA DI KG BANDAR, MACANG – DITIMPA MASALAH.

Tanah sekitar binaan telaga konkrit ini mendap. Tinggal bahagian atas binaan berada lebih tinggi dari tebing atau aras tanah di sekeliling.

Begitulah ayat cara kampung. Saya tak pandai nak jelaskan.

Apa yg saya boleh sebut, sekarang ia tinggal terbiar.

Sayang sekali.

Inilah antara bukti – TELAGA SIAP, AIR TAK ADA.

Telaga siap, air tak ada : Husam persoal projek RM140 juta AKSB

Wang ada, projek tak mesti jadi. Tanpa kajian teliti, perancangan oleh yg berkepakaran dan pelaksanaan yg bersih dari unsur negatif.

Ironisnya, telaga ini duduk betul-betul sebelah sungai, atau ‘belakang Tesco’ lah katakan, tetapi gagal keluarkan air.

Lebih menarik, kontraktor dikatakan tidak diarahkan untuk membaik pulih oleh Aksb walaupun pemendapan sekitar telaga ini berlaku MASIH DALAM TEMPOH KONTRAK.

Tinggal la menjadi bangkai gajah putih.

Sesiapa yg berminat, boleh saja ke sana untuk melihat sendiri apa yg saya katakan.

Saya tak pasti Menteri Air dan Exco [email protected] Aksb dah ke sana.

Saya juga tak pasti apa langkah yg telah diambil oleh Jabatan Teknikal, Unit Kontrak, Unit Keselamatan dan Kesihatan Aksb.

(Esok InsyaAllah kita bincang pula keselamatan telaga-telaga ini).

Adakah pembayaran kepada kontraktor diteruskan atau tidak.

Saya juga tak pasti, bagai mana Aksb mereka-bentuk telaga jejari ini dan kajian yg dijalankan terhadap lokasi yg dipilih.

Saya yakin, Rakyat biasa lagi terpinga-pinga.

Wakil Rakyat Kerajaan saja yg tak rasa apa-apa?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/542834887209870

BACA:

Medina Zein dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat derita bipolar

Honda CR-V versi baharu pula bocor di media sosial, hampir sama bentuk HR-V

CATEGORIES