Teknologi kamera dicurigai, Beijing larang penjawat awam ‘parking’ kereta Tesla dalam bangunan

Oleh MHDAILY

Penjawat awam di beberapa pejabat diminta tidak meletakkan kereta Tesla Inc mereka di dalam kawasan bangunan kerajaan kerana kebimbangan terhadap keselamatan kamera yang dipasang dalam kenderaan itu, kata dua individu yang tahu perkara itu.

Mereka yang enggan dinamakan kerana sensitiviti perkara itu berkata, pegawai di sekurang-kurangnya dua agensi kerajaan di Beijing dan Shanghai menerima arahan lisan daripada penyelia untuk tidak meletak kereta elektrik Tesla mereka di dalam kompaun pejabat.

Katanya, tidak jelas berapa banyak kereta yang terjejas.

Baca Artikel Penuh