Teknik sebenar buang tulang ikan, barulah mentua sayang

Teknik sebenar buang tulang ikan, barulah mentua sayang.Ikan kembung antara ikan yang selalu jadi hidangan kita. Tapi masalah bila nak makan ikan jenis ini ialah ia punya banyak tulang.

Ada ibu yang risau untuk beri makan ikan ini pada anak bimbang tercekik tulang. Satu cara yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini adalah buang tulang ikan ini waktu membersihkannya.

Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.

Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.

Teknik sebenar buang tulang ikan, barulah mentua sayang

Cara- caranya
Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.

3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.

4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.

5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.

TONTON :

BACA: Tahniah! Zul Ariffin dan Ruhainies bakal berkahwin..

Dikecam raih simpati hantar makanan masa hujan, sekali rider ni tunjuk ijazah

Paling rare setakat ni, hadiahkan kambing di majlis kahwin kawan

CATEGORIES