Tawil meninggal dunia di pagi Jumaat akibat sesak nafas

Oleh MHDAILY

Tawil meninggal dunia di pagi Jumaat akibat sesak nafas. Pelakon filem Prebet Lapok, Tawil, 69, atau nama sebenarnya Abu Bakar Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi, hari ini.

Isteri Allahyarham, Azah Abdul Kahar, 62, ketika dihubungi berkata, suaminya mengalami sesak nafas teruk sepanjang minggu ini.

“Suami memang ada semput atau sesak nafas sudah lama. Cuma minggu ini makin teruk. Kalau berjalan ke lif dia cepat penat. Apatah lagi dalam rumah, nak ke tandas pun sama.

Baca Artikel Penuh