Tarikh raya Aidiladha berubah atau tidak dalam kalendar? Ini jawapannya..

Tarikh raya Aidiladha berubah atau tidak dalam kalendar? Ini jawapannya. Dari segi hisab, atau kiraan falak, anak bulan Zulhijah dijangka tidak memenuhi kriteria baharu ditetapkan, namun situasi itu mungkin boleh berubah pada petang hari rukyah. Demikian pandangan pakar falak ternama tanah air, Hanafiah Abd. Razak ketika ditanya jangkaan Hari Raya Aidiladha bulan depan susulan pelbagai ‘versi’ tarikh sudah dikeluarkan.

Ini termasuk takwim terkini disemak semula oleh beberapa jabatan mufti pelbagai negeri yang memaparkan hilal bagi bulan terakhir 1443H itu dijangka kelihatan pada petang 29 Zulkaedah. Jika kiraan itu tepat, tarikh 1 Zulhijah akan jatuh pada 30 Jun ini, manakala Hari Raya Korban di Malaysia akan disambut pada 9 Julai depan dan bukannya 10 Julai seperti dicetak kalendar.

Berbeza pula unjuran dibuat oleh Persatuan Falak Syarie Malaysia apabila menerusi hantaran dalam laman sosialnya menjangkakan secara hisab, anak bulan Zulhijah tidak akan kelihatan.

Baca Artikel Penuh