Tarik diri : Dilihat seperti bermain-main, Umno bakal hilang sengat

Oleh MHDAILY

Tarik diri : Dilihat seperti bermain-main, Umno bakal hilang sengat.  Keadaan politik agak bercelaru dan tak keruan ketika ini.  Awal pagi semalam  penulis berseloroh dengan mantan Yang Di Pertua YADIM bahawa seseorang sedang menelaah kitab mencari dalil untuk mempastikan Perdana Menteri Tan Sri Mahaiddin Yassin tidak meletak jawatan dan tidak gugur dari jawatan yang disandang.

Secara berseloroh mantan YDP YADIM pula membalas seloroh penulis dengan menyatakan ‘orang itu’ tidak akan terjumpa dalil di dalam kitab untuk mengabsahkan dalilnya! Saya hanya tersenyum dengan jawapan spontan beliau. Belum pun habis tawa saya telah keluar kenyataan bahawa “Pas mempertegaskan sokongan sepenuhnya kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, termasuklah sokongan tidak berbelah bahagi sekelian YB Parlimen Pas”.

Mungkin dalil telah terjumpa, seperti mana dalil-dalil keterlibatan menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dalam PRU 14, dalil pada satu ketika dahulu “wajib sokong DAP, haram sokong Umno sehingga kiamat” dan pelbagai ‘fatwa kontemporari’ di keluarkan demi kepentingan politik.

Baca Artikel Penuh