Tampal muka ahli politik di pek bantuan satu pembaziran wang rakyat

Oleh MHDAILY

Dua kumpulan pengguna dan persatuan sukarela mengecam perbuatan meletak logo parti dan potrait ahli politik di atas pakej bantuan kepada rakyat terkesan.

Mereka berpandangan, tindakan politik murahan itu dibuat semata-mata mahu mendapat kredit walaupun bantuan berkenaan sebahagiannya dibayar pembayar cukai.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, N Marimuthu berkata, perbuatan memalukan itu turut memaparkan ahli politik yang berkuasa “tidak berhubungan” untuk memahami penderitaan rakyat ketika ini.

Tinjauan beliau mendapati, beberapa gambar terpampang yang dicetak di atas plastik berisi bantuan memerlukan kos RM5 sekeping dan sepatutnya nilai wang berkenaan disalur untuk membeli sebuku roti tambahan untuk diagihkan.

Baca Artikel Penuh