Taliban lancar operasi ketenteraan susulan pengunduran AS

Oleh MHDAILY

Taliban lancar operasi ketenteraan susulan pengunduran AS. Asap tebal menyelubungi ibu negeri sebuah wilayah di Afghanistan ketika pertempuran sengit antara pejuang Taliban dan tentera kerajaan memasuki hari kedua hari ini.

Kerajaan mengerahkan beratus-ratus komando ke bandar Qala-i-Naw, di wilayah Badghis, barat laut Afghanistan. Badghis merupakan ibu negeri wilayah Afghanistan pertama berdepan serangan Taliban sejak Amerika Syarikat(AS) mempercepatkan pengunduran tenteranya.

Ketika pengunduran tentera AS 90 peratus selesai, kumpulan Taliban melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran untuk menawan wilayah baharu, manakala kebimbangan meningkat bahawa tentera Afghanistan tidak akan mampu bertahan tanpa bantuan serangan udara AS.

Baca Artikel Penuh