Takut hilang kuasa, Pas harap Bersatu dan Umno terus bersama

PAS mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN) antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Umno diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik Covid-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.

“Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya.

“Sebarang keputusan politik melibatkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-ketiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.

“Bila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) di Kluang hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan Umno, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565805

COMMENTS

Wordpress (0)