“Takkan nak buat video tunjuk kepada semua” Pasangan tular tak menghilangkan diri

“Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu..takkan setiap kali selesai (masalah) nak buat video untuk tunjuk kepada semua?”

Begitu kata Mohd Azlan Ishak, 35 tahun, lelaki yang menjadi tular kerana membawa Mohd Aariz Zafran,

Bayi lelaki berusia 11 bulan yang menghidap paru-paru kronik menaiki motosikal, ketika diminta mengulas dakwaan tentang penghilangannya.

Mohd Azlan menjelaskan bahawa tidak ada sebab baginya untuk menghilangkan diri kerana ada ketika dia tidak berada di rumah

untuk menangani urusan di luar, antaranya pergi ke pejabat agama Islam untuk menyelesaikan hal perkahwinan.

"Takkan nak buat video tunjuk kepada semua" Pasangan tular tak menghilangkan diri

“Sebelum ini saya tidak mampu kerana menitikberatkan perbelanjaan untuk anak tetapi sekarang saya mendapat peluang untuk menguruskan hal perkahwinan.

“Saya tidak bersembunyi di mana-mana kerana saya sentiasa di sini,” katanya ketika dihubungi seperti yang dilapor oleh Harian Metro.

Mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa dia menerima RM200,000 selepas kisahnya menjadi viral, Mohd Azlan berkata dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya jumlah tersebut sebagaimana yang disebutkan.

“Saya belum memeriksa akaun bank lagi, dan untuk apa memeriksa kerana wang sumbangan orang ramai masih ada di tangan saya, jadi saya gunakan wang itu terlebih dahulu.

“Saya tidak hendak bermegah-megah tetapi sebelum ini hanya ada RM50 dalam tangan sudah cukup, dan sekarang lebih daripada itu, jadi saya bersyukur Alhamdulillah.

“Tetapi saya harap apa yang mereka sebutkan (menerima RM200,000) akan terkabul. Mungkin itu adalah doa mereka dan rezeki bagi anak saya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azlan menolak dakwaan pasangannya, Norhidayu Halim, 35 tahun, membeli barangan kemas bernilai RM20,000.

Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas dan individu terbabit seharusnya bertanya dengannya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan maklumat yang salah.

“Di mana buktinya jika ada (pembelian barangan kemas RM20,000)? Sebuah cincin bernilai RM800, itu saja, adalah untuk majlis perkahwinan dan bakal ibu mertua yang membelinya, dan saya ada resit.

“Jadi, saya berharap orang di luar sana tidak menyalahkan seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu kerana lebih baik bertanya terus daripada membuat andaian sendiri.

“Sejauh ini, ada yang sudah datang kepada saya untuk meminta maaf kerana saya telah membuat laporan polis berhubung isu pembelian barangan kemas RM20,000.

“Hatiku ingin membawa mereka yang terlibat ke mahkamah tetapi saya tidak sampai hati kerana saya sendiri pernah menghadapi kesempitan kewangan, jadi saya memaafkan. Lagipun, saya juga manusia yang mempunyai perasaan,” katanya, sambil memohon ampun kepada Allah SWT atas kesilapan masa lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Mohd Azlan dan Norhidayu Halim, 35 tahun, yang membawa Mohd Aariz Zafran, bayi berusia 11 bulan, menaiki motosikal dengan menggunakan alat bantu pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) ke hospital.

Kesukaran yang dihadapi oleh pasangan itu menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, pelbagai dakwaan muncul selepas kisah mereka menjadi viral, termasuk pendedahan Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Muslim, tentang status Mohd Azlan dan Norhidayu yang bukan suami isteri sah.

Hari ini, Muhammad Hazamer Mualim mengatakan Mohd Azlan dan bakal mertua datang ke pejabatnya di masjid tersebut pada pukul 3 petang tadi.

Katanya, lelaki itu membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang perkahwinan bersama pasangannya.

BACA: Patutlah kita tak boleh kerap tukar jenama minyak hitam dan dicampur, ini amaran pakar