Takiyuddin sifatkan gandingan Pas, Umno dan Bersatu ibarat strategi main sepak takraw

Takiyuddin sifatkan gandingan Pas, Umno dan Bersatu ibarat strategi main sepak takraw

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengibaratkan tiga parti Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti strategi dalam sukan sepak takraw.

Menurutnya, dalam sukan berkenaan, gabungan tiga tonggak yang bersatu hati dan tindakan akan mencapai kejayaan.

“Begitulah UMNO, Pas dan Bersatu. Bentuk gabungan tekong, feeder dan killer mantap, bergerak satu pasti maju demi watan dan rakyat jelata,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Selasa.

UMNO sebelum ini dalam Perhimpunan Agungnya telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pas kemudiannya dilaporkan menghentikan sementara rundingan pembahagian kerusi bagi PRU dengan UMNO dan ketika ini rundingan yang ada hanyalah dengan Bersatu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan dengan UMNO akan diteruskan setelah parti itu mempunyai keputusan atau hala tuju yang jelas tentang kerjasama bersama Pas dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU akan datang.
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134484/BERITA/Politik/Tiga-parti-Melayu-seperti-strategi-sepak-takraw-Takiyuddin