Takiyuddin jawab Muhyiddin, pendirian PAS jelas bergabung dengan BN

Takiyuddin jawab Muhyiddin pendirian PAS jelas bergabung dengan BN

Takiyuddin jawab Muhyiddin, pendirian PAS jelas bergabung dengan BN. Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini mendedahkan parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Pendirian PAS adalah jelas, …akan bergabung dengan BN sahaja bukannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan parti komponennya.

“Bagi kita atau mana-mana gabungan parti apabila mendapat majoriti mudah minimum sebanyak 112 kerusi, parti itu sendiri akan menubuhkan kerajaan.

“Kalau parti ini tidak mendapat majoriti mudah, parti akan bergabung dengan mana-mana pihak. Pendirian PAS jelas.

“Kalau kita perlu gabungan (selepas PRU15), pilihan terdekat adalah gabungan dengan BN. Begitu juga parti lain dalam BN,” katanya pada sidang media ketika meninjau pusat mengundi di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Takiyuddin jawab Muhyiddin pendirian PAS jelas bergabung dengan BN

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi bahawa tujuan PN bertanding PRU15 adalah membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang terbabit PRU15,” katanya.

Lewat malam tadi dalam program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, Takiyuddin berkata, Perikatan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pasca PRU15.

Takiyuddin berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

“Saya yakin kita dapat bentuk Kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima PH walaupun perlu gabungan.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas (PRU15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya.

BACA:

Turki berdarah: Ratusan cedera, 6 mati dalam letupan di Istanbul

Muhyiddin bersuara selepas Takiyuddin dakwa BN-PN akan gabung

PRU-15: Takiyuddin sahkan BN-PN akan bergabung bentuk kerajaan

CATEGORIES