‘Taki Penjilat Bersatu’, Polis siasat kes kain rentang

‘Taki Penjilat Bersatu’, Polis siasat kes kain rentang

Kain rentang ‘Taki Penjilat Bersatu’, Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes kain rentang berbaur politik yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab di pagar tiga buah masjid di sekitar daerah ini.

Siasatan itu dilakukan selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila dia menerima mesej WhatsApp mengenai perkara tersebut kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kain rentang yang dipasang itu bertulis dengan cat berwarna hijau yang mengaitkan seorang menteri yang dipercayai ingkar titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pengadu yang tidak berpuas hati melihat gambar itu kemudian membuat laporan polis kerana tindakan tersebut boleh menimbulkan salah faham, kebencian dan mengganggu ketenteraman awam.

“Sebaik menerima laporan, polis menjalankan siasatan sebelum mendapati beberapa kain rentang telah dipasang di pagar Masjid Kampung Sireh, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan sekitar Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Khairuddin, kain rentang tersebut ditulis menggunakan cat hijau dengan perkataan Taki Pengkhianat Raja, Taki Penjilat Mahiadin, Taki Pengampu Mahiadin, Haram Taki Di Bumi Kota Bharu dan Broker Bersatu-Taki.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/20/polis-siasat-kes-kain-rentang-berbaur-politik-di-pagar-masjid/