‘Take Away’ tidak mampu tampung kos kedai makan – Peniaga

‘Take Away’ tidak mampu tampung kos kedai makan – Peniaga

‘Take Away’ tidak mampu tampung kos kedai makan, kata peniaga.Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengoperasian kedai makan gagal dan akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar.

Presidennya, Zaini Atan berkata, “Take Away’  peniaga hanya memperoleh 20 peratus hasil perniagaan dan itu cukup untuk membayar gaji pekerja sahaja dan tidak termasuk kos lain.

“Kami mewakili golongan peniaga premis makanan memohon kerajaan melonggarkan SOP operasi kedai makan kerana model sekarang dilihat gagal.

Take Away

“Kita harap dapat 30 peratus daripada kapasiti restoran. SOP sedia ada iaitu hanya untuk pembungkusan tidak dapat menampung kos operasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Isnin.

Sidang akhbar itu turut dihadiri wakil persatuan peniaga India dan Cin yang secara keseluruhan mewakili lebih 50,000 peniaga di seluruh negeri.

Zaini berkata, pihaknya juga bersedia menerima syarat hanya membenarkan golongan dewasa makan dalam premis.

Rayuan itu katanya, terpaksa dilakukan kerana jika keadaan semasa berterusan, ramai peniaga akan tutup kedai dan bankrap.

Setiausaha Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB), Mohammad Salezan Mohd Salleh pula berharap kerajaan dapat mengkaji kaedah lain yang lebih sesuai berbanding SOP sedang dilaksanakan ketika ini.

“Kaedah ‘take away’ bagi premis makanan seperti restoran tidak lagi sesuai untuk jangka masa panjang kerana tidak dapat menampung kos operasi,” katanya.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148274/BERITA/Nasional/SOP-gagal-ramai-peniaga-gulung-tikar

Jika Anda terlepas: Sidang Parlimen dibimbangi bertukar jadi sidang beri taklimat