‘Tak wajar beri layanan istimewa kepada banduan’ – MUDA

Tak wajar beri layanan istimewa kepada banduan MUDA

‘Tak wajar beri layanan istimewa kepada banduan’ – MUDA. Banduan tidak wajar diberikan layanan yang berbeza dan istimewa berdasarkan pangkat serta status sosialnya.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menerusi hantaran di Facebooknya berkata, layanan berat sebelah terhadap banduan akan menjejaskan imej dan ketelusan Jabatan Penjara di mata rakyat.

“Banduan berhak mendapat perkhidmatan dan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila perlu.

“Namun, tidak wajar jika banduan diberikan layanan perubatan istimewa berdasarkan pangkat dan status sosial,” kata kenytaan itu pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan rawatan terbaik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengetahui keadaan kesihatan beliau yang ketika ini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

'Tak wajar beri layanan istimewa kepada banduan' - MUDA

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa Najib akan dirujuk ke Hospital Kajang.

Ia susulan ubat darah tinggi baharu yang diberikan kepadanya menyebabkan tekanan darah Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan berada pada tahap tinggi dan berbahaya.

Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi turut menjelaskan, doktor menemui beberapa ulser baharu dalam perut bekas Perdana Menteri itu berdasarkan ujian yang dijalankan pada Sabtu.

BACA:

Netizen kagum tengok OKU tangan buat roti terbang, ‘tangan hancur sebelum nikah’

Doktor terkejut jumpa cacing 1KG dalam usus budak 6 tahun

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

CATEGORIES