Tak tahan asyik nak salahkan Anwar, akhirnya Khalid Samad ‘sound’ Tun M

Oleh MHDAILY

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ‘ketidak-mampuan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara dalam suasana krisis dewasa ini dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha kembalikan mandat rakyat. Dalam suasana sekarang apa yang patut dilakukan adalah untuk menumpu segala kekuatan yang ada untuk menghalang kemaraan kerajaan Perikatan Nasional yang sedang bergerak licik untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Pada masa yang sama, kenyataan tersebut tidak mengambil kira hakikat bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang bersandarkan konsep ‘collective responsibility’ atau pertanggung-jawaban bersama. Keputusan bukan di tangan Perdana Menteri seorang. Tun sendiri pasti ingat bahawa semasa beliau Perdana Menteri PH, perbahasan panjang dan mendalam merupakan kebiasaan kami dan ada juga yang dibuat tidak mengikut pendapat Tun pada asalnya.

Teguran Tun ini pasti akan menghasilkan jawapan balas dari penyokong Anwar. Ini akan menyebabkan berterusannya sengketa sesama kita yang merugikan kita semua. Sedangkan kerajaan PN sepatutnya menjadi sasaran kita. Mereka yang khianat dan melanggar mandat rakyat.

Baca Artikel Penuh