Kepada peminat One Piece, pasti anda akan mengetahui persamaan dengan situasi di P4lestin3.
Ini disebabkan perangai Celestial Dragons dalam siri tersebut yang serupa dengan z10n1s.
Dalam alam One Piece, Celestial Dragons mempercayai kesucian keturunan dan agama mereka, menganggap diri mereka sebagai bangsa terpilih yang turun dari banyak nabi.
Mereka menggunakan keyakinan ini sebagai justifikasi untuk mendiskriminasi, merendahkan, dan merampas hak bangsa lain. Z10n1s juga menggunakan alasan serupa dengan menganggap orang P4lestin3 sebagai “goyyim.”
World Government dalam One Piece yang menggambarkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom beserta sekutunya, kononnya berjuang untuk keadilan dan hak asasi manusia. Tetapi hakikatnya, mereka hanya menjaga kepentingan Celestial Dragon dan menyembunyikan sejarah sebenar.
Demi melindungi golongan tertentu, World Government sanggup melakukan apa sahaja, termasuk membunuh penduduk Ohara sebagai contoh. Mereka menganggap tindakan ini sebagai cara untuk menutup sejarah demi mempertahankan Celestial Dragon yang korup, rasialis, dan fasis.
Andai anda perhatikan, buster call dalam One Piece mirip dengan hukuman kolektif. Ini bermakna kerana beberapa individu dari Ohara berusaha menggali sejarah yang hilang, seluruh populasi Ohara termasuk kanak-kanak kecil dihancurkan oleh tentera laut.
Malahan, kanak-kanak seperti Robin dikejar hanya kerana warisan Ohara yang mereka miliki. Sama seperti apa yang berlaku di P4lestin3, z10n1s melakukan hukuman kolektif ke atas seluruh gaza sebagai balasan kepada perubahan kerajaan dengan alasan penduduk gaza memilih parti politik yang berbeza.
Setelah penduduk Ohara dimusnahkan, individu yang bangkit menentang kezaliman dituduh sebagai pengganas. Salah satunya adalah Ayah Luffy, Monkey D. Dragon, yang dianggap sebagai penjenayah terburuk yang dicari.
Luffy dan kru kapalnya, yang berani menentang World Government, melawan Celestial Dragon, dan menggunakan kekerasan untuk melawan rasuah, diberi ganjaran buruan berharga ribuan dengan label “lanun berbahaya.” Ini juga menyerupai situasi di P4lestin3, di mana pejuang yang menentang sistem diberi label sebagai pengganas, penjahat, dan pembunuh.
Sekarang, sudahkah anda melihat persamaan ini?