Tak sangka! Rupanya patung buddha di Kelantan lagi besar dari patung di Rio de Jeneiro ramai tak tahu!

Tak sangka! Rupanya patung buddha di Kelantan lagi besar dari patung di Rio de Jeneiro ramai tak tahu!

Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan ajaran Islam yang subur mekar berkembang di setiap pelusuk kawasan dan kampung-kampung di Kelantan.

Ia sering dipanggil serambi mekah oleh sesetengah orang dan kebanyakan mereka yang datang ke sini sering mempelajari agama Islam di beberapa sekolah.

Tak sangka! Rupanya patung buddha di Kelantan lagi besar dari patung di Rio de Jeneiro ramai tak tahu!

Bagaimanapun, Kelantan rupanya mempunyai keunikan yang baru disedari ramai. Kepelbagaian agama yang diraikan di negeri ini baru diketahui oleh netizen di Twitter apabila salah seorang pengguna media sosial memberitahu bahawa patung Buddha yang ada di Kelantan rupanya adalah lebih tinggi daripada patung Jesus yang ada di Rio de Janeiro.

Dalam ciapan yang dibuat oleh @Elill, beliau berkata, “Hari ini saya mendapat tahu bahawa Wat Phothikyan Phutthaktham, patung Buddha di Kelantan lebih tinggi daripada Christ the Redeemer di Rio De Janeiro,” katanya sambil memuat naik gambar perbezaan antara kedua patung.

Baca Artikel Penuh