Sebelum wujudnya WhatsApp, bluetooth merupakan salah satu teknologi yang digunakan oleh masyarakat khususnya untuk menghantar gambar, lagu, dan macam-macam lagi.
Menurut Business Insider, bluetooth merupakan salah satu teknologi tanpa wayar
Yang membolehkan pertukaran data berlaku yang melibatkan dua jenis peranti yang berbeza.
Namun, kemudahan bluetooth ini dilihat agak terhad kerana ia hanya boleh dihantar dalam jarak yang singkat.
Walau bagaimanapun kemudahan bluetooth masih digunakan hingga kini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam dunia media. Mana taknya sekarang semua perkara perlu bluetooth.
Tapi, pernah tak anda terfikir bagaimana logo bluetooth ini tercetus. Bagi merungkai persoalan tersebut, Daily Star ada berkongsikan jawapan mereka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca perkongsian di bawah.
Sempena nama Raja Harald
Menurut Daily Star, nama bluetooth sebenarnya diambil sempena Raja Harald ‘Bluetooth’ Gormsson.
Dalam lipatan sejarah, raja itu terkenal kerana pernah menyatukan negara Denmark dan Normay pada abad ke-10.
Menerusi perkongsian gambar dari EE Times, nama sebenar raja itu ialah Harald Blaatand ‘Bluetooth’.
Dengan ideologi menyatukan dua buah negara, maka ia sama seperti bluetooth iaitu untuk menyatukan perkara iaitu daripada satu peranti ke peranti yang lain tanpa
Lebih aneh lagi apabila nama bluetooth itu juga dipercayai diambil bersempena giginya yang sentiasa berwarna biru atau kelabu.
Logo Bluetooth yang sering diperkatakan
Difahamkan logo bluetooth ini ternyata mempunyai dua gabungan huruf berbeza yang mengandungi makna.
The Sun menerusi Daily Star melaporkan bahawa dua gabungan huruf itu adalah huruf kuno ejaan Raja Harald iaitu ‘rune‘ ᚼ dan ᛒ yang merupakan awalan kepada nama Bluetooth (Blaatand).
BACA: Petua simpan tauhu supaya tahan lama dalam peti ais, korang Mesti tak tahu kan