Tak sangka : Anak angkat baru 3 bulan diserah semula kepada ibu kandung mati disyaki didera

Oleh MHDAILY

Seorang wanita tidak menyangka anak angkat yang diserahkan semula kepada ibu kandungnya tiga bulan lalu meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat.

Mengimbau kembali detik pertama menerima anak angkatnya yang mesra di panggil Adik, Norlida Abu Hassan, 50, berkata, tujuh tahun lalu dia bekerja di Rompin, Pahang sebelum dimaklumkan oleh salah seorang anaknya mengenai seorang pekerja kolej perempuan di negeri itu yang terpaksa menumpangkan bayinya di surau kolej.

Menurutnya, mendengar cerita itu hatinya sebak dan berbesar hati untuk menerima kehadiran orang baharu, biarpun bukan ada pertalian darah namun mengenangkan nasib si anak yang berusia dua bulan yang terpaksa menghadapi kesukaran untuk hidup, dia bersetuju menerima insan istimewa itu.

Baca Artikel Penuh