Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia

Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng adalah seorang usahawan Malaysia yang terlibat secara mendalam di dalam industri perladangan.

Beliau mengetuai IOI Corporation Berhad (lebih dikenali sebagai (IOI Group) sebagai pengerusi eksekutif. IOI Group telah tersenarai di Bursa Malaysia, adalah salah satu daripada konglolerat dunia yang menerajui pengurusan ladang minyak kelapa sawit.

Khususnya lemak, oleokimia dan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Tak reti cakap English, jual aiskrim naik basikal tapi mampu jadi antara orang paling kaya di Malaysia

Kalau korang nak tahu, kilang penapisan minyak sawit IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapisan minyak sawit yang terbesar di Eropah. Ladang kelapa sawit IOI di Malaysia dan Indonesia mengeluarkan minyak sawit dan juga minyak kernel.

Minyak ini kemudiannya diproses menjadi minyak, “metallic stearates” dan lemak yang digunakan untuk membuat sabun, pembersih, bahan kosmetik dan bahan penambah dalam makanan.

Ia juga merupakan peneraju bidang pembangunan hartanah di Malaysia ; projek-projeknya termasuk, bandar perlabuhan, pusat membeli-belah, kondominium, menara pejabat dan pusat peranginan.

Berhenti sekolah usia 11 tahun untuk membantu keluarga

Beliau membesar di bahagian utara Kuala Lumpur di dalam ladang getah. Seawal usia 11 tahun lagi beliau dah mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual ais krim menaiki basikal untuk membantu bapanya yang merupakan seorang pengusaha warung kopi.

Tidak diterima kerja kerana tak pandai Bahasa Inggeris

Setelah tamat alam persekolahan, dia ada memohon pekerjaan dengan syarikat ladang kelapa sawit sebagai supervisor tetapi permohonannya ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Dia yang berumur 22 tahun ketika itu, tidak kecewa pun dengan penolakkan oleh Dunlop Estate. Dia kemudiannya memohon lagi pekerjaan sebagai supervisor di syarikat kelapa sawit yang lain dan diterima.

Siapa sangka setelah 20 tahun, akhirnya dia BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut! Wahhh!!!!

“Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. Nak tahu kenapa, dulu saya peman minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

“Agaknya kalau saya diterima pekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang.”

Suka bercakap dengan pokok

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan cap “I love you.”

Kalau tak berbuah, dia akan cakap “Saya bagi tempoh enam bulan lagi yea – Kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata pada pokok tersebut, “Maaf Darling, aku tebang Kau dulu!”

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah lelaki antara terkaya di Malaysia dengan hartanya yang dianggarkan berjumlah 348/A$$4.7bilion!

BACA JUGA : Panas !!! Idris bongkar perilaku pemimpin Umno Melaka dalam Mesyuarat Cawangan
Boleh didakwa jika cerita lucah di tempat awam

CATEGORIES