Tak ramai orang tahu, rupanya anda boleh minta ahli falak datang ke rumah sahkan arah kiblat

Semasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah.

Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.

Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan Qalby Apps berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam setiap rumah ada logam, arah kompas tidak jitu.

Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyonsang ke Baitulmuqaddis.

Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.

Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga.

Jakun saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.

Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.

Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.

May be an image of child, standing and indoor

Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.

•Untuk seluruh Malaysia kecuali Melaka dan Terengganu, isi form dalam FB

https://www.facebook.com/1545826402395030/posts/2746263022351356/

Untuk luar Selangor, persatuan ini akan kumpul 10 buah rumah sebelum bertolak.

•Persatuan ini juga diuruskan oleh pejabat mufti negeri masing2.

•Untuk semakan sendiri di rumah, boleh buat ketika istiwa azam. Ketika ini kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, pada jam 12.16 tengahari waktu Mekah. Fenenoma ini berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang waktu Malaysia. Dengan berpandukan tiang yang tegak, arah bayang mesti lurus dengan saf.
Sumber: