Tak puas hati caj baiki motosikal mahal, lelaki ditetak anak saudara sendiri

Seorang lelaki ditetak oleh anak saudaranya sendiri dengan menggunakan pisau pemotong daging gara-gara tidak berpuas hati dengan caj terlalu mahal yang dikenakan di kedai membaiki motosikal miliknya dalam kejadian di Mersing.

Tindakan ganas itu menyebabkan mangsa yang berusia 61 tahun mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan dalam kejadian kira-kira 6 petang pada Sabtu lalu.

Difahamkan, ia berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan ketika berurusan di kedai terbabit.

Tak puas hati caj baiki motosikal mahal, lelaki ditetak anak saudara sendiri

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edrward Nuing, suspek berusia lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing Cyril Edrward Nuing, suspek berusia lingkungan 40-an itu bertindak melarikan diri selepas menetak mangsa.

“Suspek adalah anak saudara mangsa dan dia melarikan diri sejurus kejadian. Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan.

“Mangsa dirawat di Hospital Mersing dan kita menerima laporan kejadian pada jam 6.42 petang,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Bagaimanapun, Cyril berkata, berdasarkan maklumat yang diterima pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing akhirnya berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari yang sama.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/14/tak-puas-hati-caj-mahal-lelaki-tetak-bapa-saudara/

BACA JUGA : Kedai nombor ramalan, kelab lumba kuda berdaftar MOF dibenar beroperasi