Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini..

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau Syamsul beri alasan ini

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini.. Pengarah, Syamsul Yusof, 38, tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem epik pertama arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC, The Starling Damansara, semalam.

Menjelaskan ketiadaan Syamsul, Pengarah Urusan Studio Kembara merangkap penerbit filem, Abdul Rahman Mt Dali berkata, dia dimaklumkan Syamsul menghadapi masalah kesihatan.

“Saya diberitahu Syamsul tidak sihat,” kata Abdul Rahman ringkas pada sidang media selepas majlis tayangan perdana filem berakhir.

Walaupun Syamsul tidak muncul, namun, bapanya, Datuk Yusof Haslam hadir sebagai tanda sokongan terhadap naskhah sentuhan anak sulungnya itu.

Ketika ditanya, Yusof juga tidak dapat memberi jawapan pasti berhubung ‘kehilangan’ anaknya itu.

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini..

“Saya difahamkan Syamsul akan datang. Ini majlis dan filem dia. Kita nak meraikan filem dia, penerbit dan barisan pelakon lain,” ujar Yusof.

Kemunculan Syamsul sememangnya dinantikan. Bukan sahaja mengenai ulasan mengenai pembikinan filem, malah, ramai ingin mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan bakal melamar seorang gadis yang juga anak kepada pelakon veteran sebagai isteri kedua.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila sebuah blog hiburan melaporkan seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada pelakon drama veteran.

Memetik sumber, laporan itu menyebut, pengarah terbabit dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentua bagi membincangkan hasratnya.

BACA:

‘Kereta mewah pun dah beralih ke minyak kuning sekarang’

Cara semak kemasukan ke UiTM

Padah berhutang, warga emas nekad potong kemaluan sendiri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini.. […]