Tak bayar RM720K, Mawar Karim berjaya ketepikan penghakiman ingkar Nabil

Oleh MHDAILY

Tak bayar RM720K, Mawar Karim berjaya ketepikan penghakiman ingkar Nabil. Usahawan Mawar Abdul Karim hari ini berjaya dalam permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar diperoleh ahli perniagaan Nabil Mat Jahya supaya wanita itu membayar balik pinjaman persahabatan berjumlah RM720,000 selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman berkenaan.

Nabil yang menyaman Mawar menuntut wang berjumlah RM720,000 yang diberikan kepada wanita itu, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka.

Peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Mawar berkata, pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah secara dalam talian, hakim itu membenarkan permohonan defendan (Mawar) untuk mengetepikan penghakiman ingkar itu.

Baca Artikel Penuh