Tahap rasuah di negara kita di tahap bahaya – Sultan Nazrin

Oleh MHDAILY

Tahap rasuah di negara kita di tahap bahaya – Sultan Nazrin. Amalan rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda bertitah, atas dasar itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan segala justifikasi bagi menidakkan kewujudan rasuah di hadapan mata.

Titah baginda, semua pihak wajib bersifat berani mengakui, berhubung realiti sedang berlakunya amalan rasuah pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran dan penemuan berkenaan.

Baca Artikel Penuh