Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel ‘tutup kedai’, boikot kerajaan secara halus

Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel tutup kedai boikot kerajaan secara halus

Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel ‘tutup kedai’, boikot kerajaan secara halus. Tindakan syarikat-syarikat penternak ayam menghentikan operasi ladang akan menjejaskan rantai­an bekalan dan mengakibatkan pasaran kerugian RM26 juta.

Setakat ini empat syarikat penternak dilaporkan menghentikan operasi ladang dipercayai ‘memboikot’ tindakan lambat pihak kerajaan membayar subsidi harga ayam 60 sen.

Syarikat-syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan kartel ayam mengemukakan alasan masalah ‘ketumbuhan ayam’ bagi menghalalkan tindakan menutup operasi di ladang.

Katanya, apabila penternak mengurangkan ternakan, bekalan akan berkurangan dan pengguna juga yang akan mengalami masalah terutama jika mereka memerlukan kuantiti yang besar.

Menurut beliau, sebagai pengilang dan pemborong, kerajaan juga perlu mengambil kira soal kerugian yang terpaksa ditanggung mereka berikutan harga belian ayam di ladang yang sentiasa meningkat.

“Soal boikot adalah hak pengguna untuk membuat pilihan, penternak juga boleh mengambil langkah dengan menghentikan proses ternakan mereka di ladang.

“Ini akan menyebabkan bekalan ayam terputus selama 36 hari,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel 'tutup kedai', boikot kerajaan secara halus

Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel ‘tutup kedai’, boikot kerajaan secara halus

Pre­siden Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, boikot ayam oleh pengguna boleh menggugat dan melumpuhkan industri ayam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, rakyat diminta bersedia dan perlu memahami kenaikan semula harga ayam melebihi RM9.10 sekilogram selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM)

“Penjelasan mereka tidak menampakkan seolah-olah kartel untuk mengambil keuntungan berlebihan. Ia ditutup hanya dua hari sebab dia kata, biasanya ayam boleh membesar sehingga mencapai 1.8 kilogram (kg) dan sebagainya.

“Tetapi ayam mereka yang nak tutup ini hanya sampai 1.1 kg dan kecil, jadi mereka tidak mahu bekalkan ayam kecil dengan berat sebegini kerana mengundang masalah persepsi pengguna, kenapa ayam kecil dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan KPDNHEP di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, syarikat tersebut juga mahu menjaga nama mereka sebagai pengeluar ayam sekali gus mengelakkan timbul masalah lain.

BACA:

MB Selangor umum RM1.5 Juta untuk 3,000 jemaah haji

Mayat pegawai kanan Jabatan Imigresen terjun bunuh diri ditemui

Kisah Bos Ramly Burger bangunkan jenamanya yang ramai tidak tahu

CATEGORIES