Syarikat pemberi pinjam wang berlesen dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

Syarikat pemberi pinjam wang berlesen dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

Syarikat pemberi pinjam wang berlesen dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

Kerajaan bersetuju membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, berkuat kuasa serta merta.

KPKT dalam kenyataan hari ini berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu.

Untuk itu, syarikat KK atau PPW perlu membuat permohonan baharu bermula hari ini, bagi kebenaran pengoperasian dengan mengakses Portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

“Syarikat hanya dibenarkan beroperasi selepas mendapat kelulusan.

pinjam wang

“Bagi syarikat KK atau PPW di Sabah, Sarawak serta Labuan, kebenaran beroperasi perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS), Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak (JKNS) atau Perbadanan Labuan (PL),” katanya.

Menurut kementerian, KK adalah sektor ke-13 disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah Kluster Kerajaan Tempatan yang dibenarkan pengoperasian.

KPKT yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti kredit itu turut mengambil langkah mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) operasi KK bagi mengawal penularan Covid-19 di premis terbabit.

“Ataranya, waktu operasi serta bertemu pelanggan dihadkan dari jam 9 pagi sehingga 5 petang; hanya dua pelanggan dibenarkan berada di dalam premis pada satu masa dan digalakkan melakukan temujanji serta kapasiti pekerja terhad kepada 60 peratus termasuk operasi dan pengurusan.

“Selain itu premis wajib menyediakan kemudahan kod QR MySejahtera serta buku pendaftaran kehadiran pelanggan; memastikan pelanggan yang memasuki premis melakukan imbasan suhu badan serta menggunakan cecair pembasmi kuman dan mereka yang bergelaja atau suhu melebihi 37.5 celcius tidak dibenarkan memasuki premis.

“Pemilik KK atau PPW perlu memaklumkan segera kepada KPKT atau merrujuk kepada SOP MKN dan KKM sekiranya terdapat kakitangan atau pelanggannya yang disahkan positif Covid-19,” katanya

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/721537/kredit-komuniti-pemberi-pinjam-wang-dibenarkan-beroperasi