Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar

Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar

Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar. Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof menafikan dia sudah melangsungkan pertunangan bersama wanita yang sering dikaitkan dengan dirinya Ira Kazar seperti tular di media sosial.

Menurut laporan BH Online, pengarah berusia 38 tahun itu mengakui hanya cerita sensasi menjadi perhatian berbanding filem terbaharu dihasilkan dan sedang ditayangkan iaitu Mat Kilau.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,” kata anak kepada penerbit filem tersohor Datuk Yusof Haslam itu.

Hari ini, isterinya Puteri Sarah Liyana memuat naik satu tangkap layar InstaStory daripada seorang individu yang mendakwa Syamsul sudah bertunang.

Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” dakwa individu berkenaan.

Berikutan itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana memaklumkan perkara tersebut selain mengucapkan syukur sekiranya dakwaan itu benar.

“Terima kasih DM (mesej langsung) saya. Kalau betul, alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulis Puteri Sarah

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia tiga tahun.

BACA:

Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan

Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar […]